Sunday, January 1, 2012

REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN

REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN

Pada hari ini saya telah mengajar kelas tahun 3 cemerlang mengenai topic “Bentuk 3 Dimensi”. Kelas ini terdiri daripada murid –murid berprestasi rendah. Saya kurang berpuas hati sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat beberapa kelemahan dalam pengajaran saya pada hari ini antaranya ialah saya tidak menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. Saya hanya menggunakan buku teks sahaja dan ini tidak dapat menarik minat murid terhadap pelajaran. Saya juga tidak menggunakan papan putih untuk memberikan lebih penerangan kepada murid. Interaksi dengan murid juga kurang dan saya juga menggunakan dua bahasa ketika mengajar iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ini boleh mengelirukan murid untuk menerima pembelajaran.

Namun begitu terdapat juga beberapa kekuatan di mana ada juga dikalangan murid memberikan maklum balas ketika saya mengajukan soalan. Ini menunjukkan mereka memberikan perhatian ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil daripada latihan lembaran yang diberikan saya dapati 90% murid dapat menjawab soalan dengan betul.

Saya telah memikirkan beberapa cara untuk mengatasi kelemahan saya antaranya ialah memberi lebih bimbingan dan latih tubi kepada murid yang lebih lemah. Menggalakkan murid – murid untuk membuat aktiviti kumpulan. Saya akan menggunakan bahan yang sesuai untuk menarik minat murid untuk belajar

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN

Pada hari ini saya telah mengajar kelas tahun 4 mengenai topic “Keselamatan dalam bengkel”. Kelas ini terdiri daripada murid –murid berprestasi sederhana. Saya amat berpuas hati sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat beberapa kekuatan dalam pengajaran saya pada hari ini antatanya ialah saya dapati 100% murid saya dapat memahami topik pada hari ini. Sebanyak 95% daripada murid saya berjaya mengamalkan langkah – langkah keselamatan ketika berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Manakala sebanyak 80% murid dapat menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan dengan betul. Saya juga dapati bahawa 90% daripada murid – murid saya memberikan tumpuan yang penuh sepanjang proses pembelajaran.

Namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu saya baiki antaranya ialah terdapat 40% murid yang tidak dapat menguasai objektif pengajaran pada hari ini. 20% daripada mereka juga tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Saya dapati bahawa 10% daripada murid tidak memberikan perhatian pada pengajaran saya. Saya juga kurang interaksi dengan murid. Saya hanya berdiri di hadapan kelas dan member penerangan kepada murid. Saya kurang bergerak kearah murid terutama sekali ketika aktiviti dijalankan.

Saya telah memikirkan beberapa cara untuk mengatasi kelemahan saya antaranya ialah memberi lebih bimbingan dan latih tubi kepada murid yang lebih lemah. Menggalakkan murid – murid untuk membuat aktiviti kumpulan.

RPH KH TAHUN 4

Tahun: 4

Matapelajaran: Kemahiran Hidup

Masa: 30 minit (9:00-9:30)

Tajuk : Reka bentuk dan Teknologi

Unit: Keselamatan dan organisasi Bengkel

1.Peraturan Keselamatan AM

2.Peraturan Keselamatan Diri

HP: Murid mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti didalam bengkel KH

Masa/Perkara

Aktivti

catatan

Set Induksi/5 minit

1. Murid di bawa kebengkel KH dimana murid tidak pernah pergi ke bengkel sebelum ini

2.Diperkenalkan dengan menunjukkan arah keluar bengkel apabila berlaku kecemasan

Murid baru beralih dari tahun 3 ke tahun 4

Langkah 1 /10 minit

1.Guru membaca kan peraturan keselamatan Am/ Diri

2.Guru bertanya kepada murid punca-punca peraturan keselamatan dibuat

3.meminta murid mengulas apakah kesan sekiranya beraturan ini tidak diikuti

Murid mengunakan kemahiran berfikir untuk menilai baik dan buruk

Langkah 2 / 10 minit

1.Guru memberikan soalan dihadapan kepada murid untuk murid menjawab

2.murid diminta membina peraturan sendiri untuk peraturan di bilik tidur di rumah

Murid mengunakan kemahiran diri untuk mendisplinkan diri

Penutup / 5 minit

1. Guru memberikan lembaran kerja untuk murid menjawab

2.guru mengulas betapa pentingnya peraturan bengkel dipatuhi dari masa ke semasa..

Lembaran kerja diberikan

kajian tindakan

Group EL-A04

KDP3026 :Kajian tindakan dalam pendidikan

Aliyas@ Ashaari b HasanHabidin(D20102040781)

1.0 TAJUK KAJIAN

Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 Terhadap Matapelajaran Matematik

2.0 TEMPAT KAJIAN

Sekolah Bidor 2, Bidor , Perak

3.0 NAMA PENGKAJI DAN AHLI JAWATAN KUASA

1.Aliyas @ Ashaari b Hasan Habidin

2. Guru-guru Panitia Matematik

4.0 PERNYATAAN MASALAH

Murid sekolah sk bidor 2 menunjukan bahawa pada keseluruhan pretasi murid menjawab secara spotan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70% keatas daripada jumlah bilangan soalan. Keadaan ini mendorong saya untuk melihat kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat mengatasi masalah akademik yang dialami murid-murid

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin .Dengan membuat diagnostic pada peringkat awal,program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkak ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi.Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan- kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran matematikdapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu.Jika murid-murid yang bermasalah tidak dibantu dan tidak diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan.Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan seterusnya membenci serta memberi impak negative bawah matematik itu susah untuk dipelajari

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid-murid bermasalah dalam menjawab soalan matematik terutama bahagian penyelesaian masalah dan tajuk bahagi.Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga,ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira .Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut ,lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4 terhadap mata pelajaran matematik .Pemerhatian tingkahlaku murid menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran matematik kelihatan tidak menyeronokan,mengharapkan jawapan dari guru.Guru dan murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran satu hala.Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat murid kepada matematik dengan menjalankan aktiviti yang menyeronokan dalam matematik

5.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Murid tahun 4B mengalami transisi dari Tahun 3(tahap 1) ke Tahun 4(tahap 2) dimana gaya soalan dan guru yang berbeza mengajar.Tahap pengunaan nombor juga berbeza.Murid juga mengalami suasana kelas yang sempit dimana semasa tahun 3 mempunyai sebanyak 3 pecahan kelas dan semasa tahun 4B hanya 2 pecahan kelas di adakan disebabkan kekurangan bilik darjah

Murid tahun 4B juga mempunyai latar belakang keluarga dari golongan pendapatan sederhana dan kurang berkemampuan .Jarak dari rumah ke sekolah juga mempengaruhi emosi ,jasmani murid ketika di dalam kelas

Murid tahun 4B juga merupakan murid-murid dari kelas pemulihan yangt tidak berapa mahir membaca serta ada diantara mereka tidak mengenal huruf atau pun nombor.kajian ini bertindak sebagai kayu ukur dan pencari punca kelemahan murid tahun 4 B

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

· Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat muird tahun 4B terhadap matapelajaran matematik

Objektif khusus

· Pengunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid terhadap matapelajaran matematik dengan lebih berkesan

· Murid dapat memahami dan meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas matapelajaran Matematik melalui Kad Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

· Murid dapat mengunakan kad interaktif untuk menyelesaikan kemahiran –kemahiran asas matematik seperti tolak,tambah,darab dan bahagi

· Guru dapat mengunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran

7.0 METOLOGI KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna

· Instrumen Kajian

Dalam kajian ini,beberapa kaedah akan digunakan dalam pengumpulan data seperti

a)Tinjauan Masalah

Salah satu kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti murid lemah dan tahap penguasaan asas matematik di kalangan mereka ialah melalui kaedah tinjauan. Keadah ini dapat membantu penyelidik untuk focus kepada kumpulanmurid – murid lemah dan mengenalpasti sikap dan mengenali punca pelajar – pelajar tersebut gagal menguasai asa matematik dengan baik. Samaada tinjauan dibuat sendiri oleh penyelidik ataupun ia boleh dilalukan oleh guru – guru sekolah yang mengajar di kelas tersebut.

b) Sesi Temubual

Dalam kajian ini, kaedah temubual dijalankan untukmengumpul maklumat secara terus dari kumpulan sasar.Temubual dijalankan secara tidak formal. Hasil maklumat dari temubual akan dijadikan maklumat asas bagi merangka kaedah instrumensi pada kajian ini. Pada kebiasaannya, temubual boleh dilakukan samaada terus kepada kumpulan sasar yang dikaji ataupun terhadap factor – factor persekitaran seperti guru, ibu bapa dan rakan – rakan.

c) Pemerhatian

Pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi berlangsung untuk mengenalpasti tahap penguasaan asas Matematik dikalangan murid tahun 4B. Selain itu, kaedah ini dapat memberi gamabaran tentnag keberkesanan keadah pengajaran guru di dalam kelas. Samaada minat terhadap matapelajaranMatematik murid itu adalah dari faktor guru atau dari factor – factor lain.

d) Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam penguasaan asas matematik.Ini secara tidak langsung akan dapat membantu penyelidik menilai tahap penguasaan matematik dikalangan murid – murid yang lemah. Ujian Pasca dijalankan pula untuk menguji tahap keberkesanan kaedah ini pada kumpulan sasaran.

e) Soal selidik

Set Dokotomus digunakan dalam soal selidik untuk mendapatkan persetujuan respondan terhadap penyataan minat responden terhadap aktiviti Kad Interaktif bernombor dengan menggunakan skala pengukur “Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik akan digunakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklumbalas dari mereka mengenai minat mereka terhadap matapelajaran Matematik sebelum dan selepas aktiviti penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan.

f) Bahan – bahan dokumentasi

Dokumen – dokumen ini boleh membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Ia merupakan bahan yang penting untuk memahami tujuan,, rasional dan sejarah sesuatu program atau dasar. Contoh bahan dokumentasi seperti hasil kerja murid, jadual kedatangan sekolah, rekod peperiksaan murid, rekod latarbelakang murid, kertas peperiksaan murid dan bab – bab dalam buku teks yang dikaji.

8.0 KESIGNIFIKAN KAJIAN

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap seseuatu matapelajaran. Bagi pendapat kami kaedah pengajaran guru Matematik boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut kecerdasan murid di dalam kelas namun kehilangan minat terhadap sesuatu matapelajaran amat merbahaya pada diri seorang murid khususnya dan sekolah amnya.Kami yakin jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman dan serta minat murid terhadap mata pelajaran ini atau sekurang – kurangnya mengekalkan minat sedia ada.

Selain daripada itu, guru Matematik kelas tersebut dapat pula meneruskan pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan pelbagai pendekatan di dalam kelas dan seterusnya meningkat prestasi akademik murid – murid 4B khususnya dalam matapelajaran Matematik.

Jelaslah disini bahawa penyelidikan ini amat penting dari sudut pembelajaran kerana ianya memberikan peluang kepada untuk meguasai ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi guru pula kaedah ini dapat membantu dalam proses pengajaran kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu dengan yang lain. Lantaran itu kaedah ini dapat menarik minat murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jenis Bahan

Kegunaan

Bil

Kos

Jumlah

(RM)

Kertas A4 dan belanja pencetakan laporan

1. Soal selidik

2. Laporan kajian

3. Penjilidan

5 set

5 x RM 10.00

50.00

Permanent Marker

1. Membuat carta

berkaitan

3 batang

3 x RM 3.00

9.00

Modul penyelesaian masalah

1. Diedarkan

Pada murid

30 set

RM 30.30

30.30

Kos pengangkutan

1. Berjumpa

dengan guru

dan penyelia

4 kali

RM 80.00

80.00

Laporan kajian

1. Dijadikan

contoh

5 salinan

RM 5.70

5.70

Alat tulis dan dakwat pencetak

1.Penyediaan

soalan dan

laporan kajian

RM 74.00

74.00

Gambar dokumentasi

Bukti kajian

RM 10.00

10.00

Cenderahati

Sumbangan penghargaan pada pihak sekolah

2 buah

2 x RM 20.00

40.00

Lain – lain perbelanjaan

Untuk menyiapkan kajian

50.00

JUMLAH

RM 351.70

10.0 JADUAL KERJA

Bil

Akitiviti

Tarikh

1.

Menemubual guru

1/8/2011

2.

Mengenalpasti masalah

2/8/2011

3.

Menulis propsosal kajian

3/8/2011

4.

Perbincangan dan pembentangan proposal yang hendak dijalankan

4/8/2011

5.

Pengesahan proposal

5/8/2011

6.

Analisis data

9/8/2011

7.

Merancang tindakan

10/8/2011

8.

Menjalankan tindakan (a,b)

11/8/2011

9.

Kumpul dan analisis data

12/8/2011

10.

Melaksanakan tindakan (c,d)

13/8/2011

11.

Kumpul dan analisis data

16/8/2011

12.

Melaksanakan tindakan (e,f)

17/8/2011

13.

Kumpul dan analisis data

18/8/2011

14.

Refleksi kajian

19/8/2011

15.

Menulis laporan kajian

20/8/2011

11.0 DAPATAN KAJIAN

Setelah kajian dijalankan saya dapati bahawa faktor murid tidak minat kepada matematik kerana tidak memahami konsep serta sikap merasakan matematik itu susah .Murid juga malas untuk melakukan latih tubi yang berterus walaupun sudah memahaminya.Murid juga gagal belajar matematik dengan betul , dimana matematik dibelajar dengan cara membaca bukannya membuat latihan,sikap malas mencuba serta mudah putus asa serta sikap asal siap faktor murid selalu melakukan kesilapan apabila menjawab soalan matematik

12.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulannya sikap murid dan faktor motivasi menjadi punca murid itu berjaya. Guru juga harus memainkan peranan penting untuk menarik minat murid, kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi isu penting untuk menarik minat murid dalam mata pelajaran matematik

CLICK ME!!!

Template by:
Free Blog Templates