Tuesday, May 26, 2009

broadband prepaid

aaalaaii..pelan la sangat ... tetapi ...biar laaa ada ... sebab aku bukan nak guna sangat internet sangat pun...bukan apa pakai prepaid, aku ingat.. masa .. muda2 dulu habis beratus duit chat gan bini ... la ni senang ..pakai ajer prepaid... cuma slow la tapi semakin la ia akan dipertingkatkan .,.. tu la bertuahnya duduk ..malaysia.. ini.... apa ucapan tahiah untuk sahabat saya bini dia dapat pindah semenanjung... tak payah terbang hari2 hantar air.. the theee heee hee... ok byer........

Monday, May 18, 2009

Pantau Pengajaran dan pembelajaran

Pegawai kementerian patut pantau P&P guru bukan fail pentadbiran

MASIH belum terlewat mengucapkan Hari Guru kepada semua warga pendidik. Apa yang menarik perhatian saya ialah supaya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyemak semula mekanisme yang ada untuk melihat sama ada guru menjalankan tugas mereka atau tidak. Kerap kali apabila pemantau datang ke sekolah (termasuk dari JPN), apa yang mereka ingin lihat ialah fail pentadbiran seperti fail induk panitia, kantin dan keselamatan. Apabila fail tidak lengkap atau dokumen tertentu tidak ada dalam fail, guru yang bertanggungjawab menguruskan fail itu akan dilabel dengan panggilan biasa, 'tak buat kerja.' Soalnya, adakah itu tugas guru? Jika kita kata kerja guru adalah mengajar dan mendidik, adakah melengkapkan fail pentadbiran sebahagian daripada tugas mereka? Dengan kata lain, bagaimanakah fail yang sudah dilengkapkan itu boleh membantu meningkatkan prestasi murid jika guru asyik sibuk mengumpul dan membuat dokumen sehingga proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terabai? Bukan apa, semua fail itu sulit dan tidak pernah dilihat murid. Jadi, bagaimanakah fail itu akan membantu murid meningkatkan prestasi? Dalam pentadbiran pendidikan di negara kita, pihak atasan cuma melihat dokumentasi dalam bidang pentadbiran dan pemantau boleh datang lebih empat kali setahun (panitia daerah, negeri, JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah), sedangkan pemantauan untuk P&P dibuat hanya dua kali setahun, itupun mereka hanya duduk 10 minit dalam kelas.
Sempatlah melihat guru dan murid mengucap salam dan guru memberitahu murid apa yang akan dipelajari hari itu, kemudian mereka akan keluar. Tetapi kalau memantau hal pentadbiran, mereka boleh duduk di sekolah sepanjang hari. Guru yang tidak melengkapkan fail juga akan menerima akibat yang keterlaluan iaitu dipanggil dan disoal oleh penolong kanan dan pengetua. Jika guru terbabit orang kanan ketua panitia, dia akan disoal oleh ketua panitia juga. Malah, jika guru yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas fail itu tidak hadir pada hari pemantauan, ahli jawatankuasa di bawahnya pula yang kena tempias. Sampai begitu sekali penekanan kepada hal pentadbiran. Jika kita kata kerja guru ialah mengajar, apa yang sepatutnya dilihat dan ditekankan ialah P&P, buku latihan murid, alat bantu mengajar dan laporan peningkatan prestasi (markah) dan sahsiah murid berdasarkan pemerhatian tiga pihak, ibu bapa, guru dan pemantau. Jika perlu, mungkin boleh melihat program kelas tambahan. Jadi, pihak pentadbir dan pemantau sepatutnya perlu berada lama sedikit di sekolah (beberapa bulan sekurang-kurangnya) untuk melihat perkembangan murid hasil didikan guru di sekolah itu. Jika setakat hendak melihat fail, tidak perlu datang dan saya percaya fail boleh dihantar ke pejabat mereka dan dikembalikan semula ke sekolah.
Saya percaya, jika mekanisme pemantauan ke atas tugasan harian guru difokuskan kepada pentadbiran, seperti kakitangan kerajaan lain, guru pun bimbang jika ada rekod buruk dalam buku rekod perkhidmatan mereka. Saya meminta pentadbiran pendidikan kita kembali kepada perkara asas dan berhentilah membuat program dan projek besar-besar yang hanya menguntungkan murid tertentu di sekolah bandar dan beri ruang untuk guru menumpukan kepada P&P. Tidak perlu lagi kepada ISO jika ia sudah melarikan perhatian kita kepada apa yang sepatutnya menjadi fokus kita. Jangan taksub kepada ISO, ia bukan garis panduan terbaik untuk semua perkara kerana ISO menekankan kepada dokumentasi semata-mata, padahal proses dokumentasi mengambil masa yang sebenarnya boleh digunakan untuk membuat perkara yang selaras dengan matlamat pendidikan. Berhentilah melihat minit mesyuarat, catatan kehadiran, laporan itu dan ini, dokumen itu dan ini dan pandanglah kepada guru kita ketika mereka mengajar dalam kelas.
AKMAL FAIRUZ, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA), Jalan Pantai Baru.
Saya setuju dengan pendangan saudara

Wednesday, May 13, 2009

Seronoknya jumpa kawan2 lama

1995/1996- zaman remaja ler katakan ,sekarang ini dapat jumpa mereka dia alam maya .... banyak perubahan dan berlaku , dan macam-macam benda dah berlaku.. kekadang terasa kecik sangat diri aku yang memang orang kampung ... dan kawan2 aku orang bandar.. dan dah ijazah lagi... lebih tinggi pun ada (aku pun nak tinggi lagi) .... tapi aku bersyukur dapat jumpa kawan2 aku ....... sebab masa sekolah dulu aku ini(lurus bendul) ye..? ke...atau cikgu aku cakap aku paling malas kat kelas... kesian cikgu azlida ... TQ CIKGU..... saya dah jadi cikgu jugak .... tentu cikgu tak percaya ... budak nakal ini jadi cikgu ..:P ......................

Tuesday, May 12, 2009

kisah Sekolah 3

Kisah ini berlaku 50 tahun yang lalu, seorang guru besar .yang baru berpindah kesebuah sekolah yang baru dan besar.. dimana kakitangan sehingga 40 orang dan murinya 10.000 orang... oleh di baru disitu maka guru besar ini... kurang mengenali kakitangannya ....hendak dimulakan cerita ..satu hari ..sedang guru besar tadi duduk di dalam biliknya dia terdengar ada kelas yang terlalu bising ...pada mulanya dia biarkan tapi lama kelamaan guru besar tadi tak tahan ... lalu dengan bengisnya menuju ke kelas tersebut.... sampai di sana dia ternampak seorang dari mereka sedang rancak bercerita dan murid lain duduk mengelilinginya , dalam hati guru besar itu berkata ... tentu dia ketua yang buat bising dalam kelas .. lalu dengan nada garang dia memarahi murid tersebut lalu menyuruh dia berdiri ditengah padang ... dan berkata kepada ketua murid.. " selepas ini sapa yang berbising tulis nama... dan kamu pergi cari mana cikgu kamu...ketua kelas pun berkata ..." boleh cikgu besar tapi.... " "Tapi apa ? " kata guru besar
"tolong panggil balik guru kami yang tengah berdiri di pandang .....

Monday, May 11, 2009

cerita sekolah 2

Seorang guru matematik telah mengajar satu topik di dalam matapelajaran matematik, dengan penuh yakin guru tersebut mengajar dan berharap muridnya akan memahami... guru telah menunjukkan cara termudah untuk mempelajari mata pelajaran matematik... selama 1 jam telah berlalu .. dengan tersenyum puas ,guru tadi pasti muridnya akan memahami apa yang diajarnya lalu dengan penuh yakin guru tadi pun bertanya ... "Bagaimana cara termudah kamu hendak menjawab soalan matematik"..... Lalu dengan penuh yakin seorang murid menjawab
" tanya guru matematik la "

Thursday, May 7, 2009

Kisah Sekolah 1

Seorang guru telah masuk ke dalam kelas dan bertanya kepada muridnya , "kamu semua dah baca bab 16 yang cikgu suruh" ... dengan penuh yakin semua murid dalam kelasnya menjawab " ya cikgu " ..tiba -tiba muka cikgu berubah menjadi marah .... "Nampak sangat kamu semua tidak pernah tengok buku.. mana ada bab 16 dalam buku kamu.... MORAL nya .. lu fikir la sendiri

Wednesday, May 6, 2009

PHD




PHD (Perasaan Hasad Dengki) memang wujud dalam diri manusia sama ada manusia mampu mengawalnya dengan baik atau tidak .... kata orang cemburu tanda sayang , iri hati tanda dengki..sama la tu, kekandang wujud juga perasaan tu , apa boleh buat, dah aku manusia bukan nya haiwan :P... aku akui aku bukan baik sangat pun, yang kesian orang rumah aku kena marah tak tentu pasal ... ,aku kena belajar bahawa aku bukan bagus sangat.. kekandang tidak jujur sangat dalam hubungan kekeluargaan , kekandang aku lupa aku bukan hanya berkawin dengan dia tapi keluarganya ... ya allah ampun aku semuanya atas kelemahan hamba ini... kesian bini aku..... sorry ye sayang .. gelinya...

Sunday, May 3, 2009

Cuti Hari Pekerja




Selamat Hari Pekerja, kepada mereka yang ada kerja. Kepada mereka -mereka yang tidak ada kerja buat-buat ler ada ker... teringat aku masa aku tak ada kerja tak ada kelulusan susah sangat tapi semua kerja aku buat .. tetapi dalam hati ada keinginan nak sambung belajar masih membara ... hasil usaha dapat aku sambung belajar kat ILP ... ( kalau sambung belajar kat IPTS senang dapat ,tapi ongkos nya banyak, cukup2 ler aku susahkan mak bapak )... dalam aku belajar kat ILP aku ada mohon maktab ( masa tu belum lagi jadi IPG) ... memang rezeki aku nak dapat maktab .. so... jadi la aku guru..... moralnya ... jangan mudah putus asa ,, sentiasa berusaha ubah diri sendiri ... ( sampai sekarang aku masih cuba ubah diri aku .. nak sambung ijazah pulak ... kalau boleh nak dapat yang tertinggi...) itu sebab aku suka tengok naruto .... sikap watak tu tidak mudah putus asa dan mudah dapat kawan ... adiosss...

CLICK ME!!!

Template by:
Free Blog Templates