Sunday, December 6, 2009

Rakaman video di langkawi




Tuesday, October 20, 2009

Me and My Class

Aku dan 21 budak pandai....5 Mutiara ..murid yang aku jaga dari tahun 4 dan aku satu2nya
Guru lelaki Pegang Kelas apapun ini tangungjawab
MAri 5 Mutiara kita buktikan anda semua berguna kepada Bangsa dan Negara

Sunday, October 18, 2009

Renungkan...dan fikirkan.......

Saya tidak takut kepada kegagalan, cuma apa yang saya bimbang ialah kita sendiri yang menggagalkan impian kita sendiri,"
"Inilah mentaliti rakyat Malaysia yang patut kita ubah. Belum turun gelanggang lagi sudah menyerah kalah dan ragu-ragu tentang kemampuan sendiri.

kata Tony yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia.

MOga2 saya dapat semanggat dari kata2 di atas .....

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Terima Kasih kepada keluarga Kak Azmah sekeluarga kerana sudi menjemput kami ...Makan2 Hari Raya (dah nak abis raya ) apapun sedap..mUAhhh...MUahh..Dan minta maaf ler ...banyak2 kalau selalu mengusik (saya memang suka usik orang pun)...Apa pun THANK YOU......

Wednesday, October 7, 2009

Akhirnya berjaya- Pertandingan Ragbi

MMM... pertama mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan izinnya program yang dirancang berjaya... dan terima kasih kepada rakan2 yang membantu ...(azam, faidul terima kasih bro... )..kepuasan tak terhingga walaupun penat... moga pengalaman ini membantu menjayakan program 2010 (tuan rumah daerah batang pandang )gambar nanti la yer

Sunday, October 4, 2009

Jangan Cari salah Orang tapi cuba selesaikan

MMMM.... tajuk yang cukup mudah diperkatakan tapi susah nak dilaksanakan , sudah menjadi kebiasaan orang melayu suka cari kesalahan orang lain dari menyelesaikan masalah ...lagi satu diperbesar-besarkan atau diperhebahkan ....al-kisah terjadi pada abab yang lalu di sebuah sekolah ...
dimana seorang guru telah bercuti atas sebab kesihatan maka semasa guru tersebut bercuti.. UJian telah dijalankan keatas murid guru yang sedang bercuti tadi ....nak dijadikan cerita tiada siapa yang hendak menanda kertas ujian tersebut..... maka berlaku lah tolak menolak.... "kau la tanda aku banyak kerja "...dan bermacam dalih lagi....
Moral cerita diatas ......kalau kita buat kerja bukan kerana Allah ini la jadinya....( Jangan lupa kita ada Tatasulila Profesion perguruan Malaysia ) ,lagi satu guru kelas seharusnya memaklumkan kepada gurubesar dan guru besar harus menyelesaikan masalah ini...atau perbincangan dengan ketua panitia masing2 ...atau tindakan yang terakhir... bertolak ansur dan bantulah kawan anda .....
YA ALLAH .... jangan jadikan aku manusia yang angkuh ,mementingkan diri sendiri dan tidak menolong sesama hamba mu ... sesungguhnya aku insan yang lemah ......Amin ya Allah

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat hari kepada ahli keluarga ,sahabat serta sesiapa yang mengenali diri...mohon maaf sekiranya ada kesalahan ....moga kita berjumpa lagi tahun hadapan .......wassalammmmmm

Sunday, September 13, 2009

Di aras mana kita..........

Bad Teacher complains,
Mediocre Teacher teaches,
Good Teacher explains,
Better Teacher demonstrates,
Best Teacher motivates
and
Great Teacher inspires.”

Thursday, September 10, 2009

Bahaya Facebook - Obama

Bahaya Facebook - Obama

WASHINGTON 9 Sept. - Presiden Barack Obama memberi amaran kepada remaja Amerika Syarikat (AS) tentang bahaya mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi di dalam laman-laman jaringan sosial Internet, memandangkan ia boleh mengganggu hidup mereka pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian selepas kajian terbaru mendapati semakin ramai majikan AS yang merujuk ke laman seperti Facebook dan Myspace untuk memeriksa latar belakang pemohon kerja.

Dalam satu sesi soal jawab dengan sekumpulan pelajar sekolah berusia 14 dan 15 tahun, Obama ditanya oleh seorang pelajar tentang bagaimana menjadi Presiden.

"Saya akan beri kamu satu tip yang mudah dipraktikkan. Pertama sekali, kamu semua perlu berhati-hati dengan apa yang kamu hantar di dalam Facebook, kerana dalam era Youtube ini, apa saja yang kamu lakukan boleh dicungkil kembali pada masa akan datang," ujarnya.

"Semasa muda, kamu melakukan banyak kesilapan dan perkara-perkara bodoh.

"Banyak telah saya dengar tentang anak-anak muda yang menghantar pelbagai perkara ke Facebook dan apabila mereka mahu memohon kerja, mereka telah diselidik," tambahnya.

Obama turut merujuk kepada beberapa 'kesilapan' yang pernah dilakukannya semasa berada di bangku sekolah, walaupun tidak menerangkan secara spesifik.

Sebelum ini, dia pernah mengakui pernah terlibat dengan dadah semasa muda.

Dalam satu kaji selidik, sebanyak 35 peratus majikan mengakui menemui kandungan di laman web yang mempengaruhi mereka untuk menolak permohonan kerja, seperti gambar yang tidak senonoh, maklumat mengenai tabiat minuman keras dan dadah atau sikap mengutuk majikan atau rakan sekerja terdahulu.

White House kerap menggunakan Facebook, Twitter dan lain-lain laman sosial untuk berkomunikasi secara terus dengan rakyat Amerika. - Reuters

Tuesday, September 8, 2009

Download Soalan Ujian Sekolah Rendah

Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada rakan 2 guru yang sudi memberi sumbangan soalan2 ujian bulanan terutama faidul rahhim yang sudi memberi ilmu mengunakan blog dengan sebaik2nya ..serta rakan lain yang memberikan ilmu yang berguna ini , bersyukur kepada Allah diatas pemberiannya ... kepada sesiapa yang mahu mendownload soalan ini, pastikan anda memberi komen di dalam blog saya ... kerjasama anda amat dihargai... wassalammm

Thursday, August 20, 2009

Selamat menyambut ramadan dan UPSR

Selamat menyambut ramadan dan selamat berjuang anak murid ku ....menghadapi UPSR .... jangan leka menghadapi cuti sekolah yang singkat...dan saya pun akan bercuti ... menulis blog ini selama seminggu ... adios....amigos.........

Wednesday, August 19, 2009

Maafkanku melewatkanmu

Kemana kau selama ini
Bidadari yang kunanti
Kenapa baru sekarang
Kita dipertemukan
Sesal tak kan ada arti
Karena semua tlah terjadi
Kini kau tlah menjalani
dududududu...
Sisa hidup dengannya
Mungkin salahku melewatkanmu
Tak mencarimu sepenuh hati
Maafkan aku
Kesalahanku melewatkanmu
Hingga kau kini dengan yang lain
Maafkan aku
Jika terulang kembali
Kau tak akan terlewati
Segenap hati ku cari
dududududu...
Dimana kau berada
Mungkin salahku melewatkanmu
Tak mencarimu sepenuh hati
Maafkan aku
Ohh...Kesalahanku melewatkanmu
Hingga kau kini dengan yang lain
Maafkan akuWalau ku terlambat
Kau tetap yang terhebat
Melihatmu
Mendengarmu
Kaulah yang terhebat

kisah cinta klasik

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi
Bersenang-senanglahKarna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglahKarna waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua
Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selaluMenjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawankuS'moga kita selaluMenjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglahKar'na hari ini yang 'kan kita rindukan Di hari nanti...
Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

Sunday, August 16, 2009

Yang pandai akan lebih pandai dan yang Bodoh akan terus tercicir!

MMM....memetik kata sahabat..saya ... perkara ini bukan hanya berlaku berasaskan perkauman sahaja tetapi berdasarkan kepandaian ... kebanyakan sekolah di malaysia sudah menjadi budaya ..atau arahan dari pihak atasan mungkin laa....contohnya yang dikatakan pandai diletakkan satu kelompok manakala yang kurang sikit pandai diletakan satu kelompok ...alasannya mudah nak diajar.... tapi kita tak nampak kesan jangka panjang ..sebagai contoh anak murid saya kelas (hujung) merasa rendah diri kerana diejek oleh kelas yang lebih pandai ...MMM... susah juga saya nak memujuknya .. hanya kata semanggat saja yang boleh saya berikan ... sebelum ini ada sistem KBSM yang saya fikir sungguh baik .. dimana ada sistem pengajaran berkumpulan dimana pelajar pandai akan mengajar pelajar yang kurang pandai .. atau pembimbing rakan sebaya ...sistem ini juga memupuk semanggat bantu-membantu .. dari sikap pentingkan diri sendiri... kemudian saya tak tahu macam sistem ini boleh terkubur...............

Wednesday, August 12, 2009

KATA-KATA UNTUK RENUNGAN

1. TUGAS SEORANG GURU/PENDIDIK IALAH PERKERJAAN MENTAL YANG TIDAK DIMULAI WAKTU IA TIBA DI PEJABAT /SEKOLAH DAN TIDAK BERHENTI WAKTU IA PULANG

2. SETIAP ORANG MUNGKIN MELAKUKAN KESALAHAN ,TETAPI HANYA ORANG BODOH SAHAJA YANG AKAN MENGULANGNYA ( TAPI KATA-KATA INI AKU TAK SETUJU SEBAB KALAU NAK JADI AHLI SAINS DIA KENA BUAT KAJIAN BERKALI-KALI DAN PASTI ADA KESALAHAN )

3. KEJAYAAN YANG SEBENAR BUKAN TERLETAK PADA TIDAK PERNAH JATUH ,TETAPI TERLETAK PADA KESANGGUPQAN TEGAK KEMBALI SETIAP KALI JATUH

4. KITA TIDAK DAPAT MENGAMBIL HATI ORANG KECUALI KITA SANGGUP MEMBERI HATI KITA

5. MEMBIARKAN DIRI DENGAN KESILAPAN KESILAPAN YANG KECIL AKAN MENJERUMUSKAN KEPADA KESILAPAN YANG LEBIH BESAR LAGI

Sunday, August 9, 2009

kadang-kadang kita lupa

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

1- mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemar nama baik seseorang guru dihadapan guru lain atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh mencemar nama baik seseorang

2- tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru

3- berusaha dengan sepenuh usaha menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial

4-sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama mereka yang baru dalam profesion perguruan

5-sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemar nama baik profesion perguruan

6- akan menjadi ahli pertubuhan guru

semua diatas ada termaktub didalam RPH yang selalu kita dapat setiap tahun ... Tanya pada diri dan jawab pada diri sendiri.....

Monday, August 3, 2009

Akhirnya sempurna

mmm ....Akhir PPDa sudah dinilai ... dan moga apa yang telah diluahkan dan dipersembahkan kepada juri akan dinilai dengan seadil-adil nya ... disini saya mengucapkan tahniah dan rasa kagum kepada guru dan murid yang terlibat ..secara langsung dan tidak langsung ...apa-apa pun yang berlalu usah dikenang dan jangan diungkit salah orang ini salah orang tu... tapi cuba kita bersama perbaiki .... dan cuba kukuhkan perpaduan kita bersama ..... wassalam...

Friday, July 24, 2009

Banyak kerja......dan terima kasih..

Pertama banyak kerja kat sekolah macam fail harus diselesaikan dan bermacam drama yang berlaku disekolah...kadang kala seronok juga melihat drama sebak yang berlaku... melihat betapa semanggat guru-guru mengajar anak-anak murid dan terlihat juga tekan yang dihadapi oleh guru tahun 6... apa pun drama yang berlaku adalah demi kebaikan anak murid ... tapi jangan la kita pulak bergaduh macam budak-budak ... MMMM ... gaduh budak2 tu cute... tapi kalau orang tua bergaduh buruk rupanya........
itu kisah sekolah ... disini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya afendi... kerana call saya dari jauh.. tentu mahal kan ... saya disini doakan kamu dan keluarga akan berjaya dalam hidup..ini yang penuh dengan dugaan

Wednesday, July 8, 2009

Satu pengajaran

PPSMI satu pengajaran.... sekiranya sesuatu itu tidak dirancang dengan betul... maka ..ramai akan menentangnya .... dan janganlah merancang kegagalan .........Allah maha besar ....moga saya akan terus bersemanggat mengajar anak bangsa saya ..... apa2 semua ilmu wajib kita tahu...
wassalam

Tuesday, June 30, 2009

PPSMI wajar diteruskan atau tidak ?

Dasar PPSMI telah lama dibincangkan ..tetapi masih belum mendapat kata sepakat ..dan kita masih menunggu kata putus dari menteri pelajaran .. Dari sudut pandangan saya .,sekiranya ..kerajaan takut rugi ? atau gagal..dari mata padangan rakyat ...kerajaan seharusnya meneruskan dengan sedikit pengubah suaian contohnya .. meneruskan dengan kaedah 50% inggeris dan 50% BM dan soalan dengan kaedah dwi -bahasa seperti sekarang . tetapi sekiranya kerajaan tidak mahu meneruskan PPSMI dan tidak mahu rakyat tertinggal dari segi bahasa inggeris .. kerajaan boleh meneruskan dengan subjek lain contoh PJ .KT,muzik ,sivik ,kh ...untuk sekolah rendah sahaja tetapi itu sekadar pandangan ... apapun guru bahasa inggeris harus berusaha lebih dari 100%... kerajaan harus juga melihat pembahagian kerja guru-guru di sekolah supaya tidak timbul .. ketidak puas hatian ..contohnya berapa jam sepatutnya seorang guru mengajar ..seharusnya diperincikan dengan teliti ..kerana dari sudut padangan saya ada ketidak adil berlaku.contoh guru BM ...berapa jam dia mengajar untuk satu subjek untuk satu kelas .. berapa jam pulak guru pemulihan .. berapa jam pulak untuk guru muzik ..guru..pj... dan lain-lain .. Saya masih mengharapkan sistem semester seperti di U diterapkan disekolah rendah .. supaya tidak wujud tekanan dikalangan pelajar....

Tuesday, June 16, 2009

JANGAN LA KETUK KEPALA

MM.. Tajuk ini dibuat atas ... keperihatinan saya terhadap anak murid saya....anak murid saya mengadu ..ada guru yang ketuk .. kepala ..mereka...ala kesian..nya .. .apa pun kita ..sebagai guru jangan la ketuk kepala..tak baik ..lagi pun salah dari etika seorang guru... apa pun kepada anak murid saya ... aduan anda saya telah ajukan kepada pihak atasan ... Pada pandangan saya ..sebagai seorang guru jangan bertindak keterlaluan ..sebabnya saya pun pernah kena serang dengan ibuBapa jadi jangan ada lagi cikgu yang baru masuk kena serang dengan ibubapa... satu pengalaman yang menakutkan ... apapun kenal dulu ... budaya dan suasana masyarakat dahulu...
ok byer...........

Sunday, June 14, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada?tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak?rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti?Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi?pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja?Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau?asaprokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat?disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri??
Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia??Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman?Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan?cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah?saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang?5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!?
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Tuesday, June 9, 2009

MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK...

Tugas seorang pemimpin adalah mengubah sikap dan tingkah laku orang- orang bawahanya. so... terdapat beberapa cadangan untuk dilakukan :

Prinsip 1 : Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas

Prinsip 2 : Dengan memberikan perhatian dengan secara tidak langsung terhadap kesalahan seseorang
Prinsip 3 : Utarakan kesalahan anda sendiri dahulu sebelum mengkritik orang lain
Prinsip 4: Mengajukan pertanyaan dan bukannya memberikan perintah secara langsung
Prinsip 5 : Menyelamatkan maruah diri orang lain
Prinsip 6 : Berikan pujian terhadap sedikit kemajuan dan setiap kemajuan .ikhlaslah dalam setiap penghargaan yang diberikan dan jangan kedekut dalam memberikan pujian
Prinsip 7: Berikanlah seseorang itu reputasi yang baik tentang kebolehannya
Prinsip 8: Berikan galakan . jadikan sesuatu kesilapan itu mudah diperbaiki
Prinsip 9 : Menjadikan seseorang itu gembira apabila melakukan sesuatu yang anda inginkan
semoga apa yang dicatatkan menjadi pedoman dimasakan datang...untuk diri yang mudah lupa ..
bahawa diri ini sebenarnya pemimpin......

Saturday, June 6, 2009

BAGAIMANA MEYAKINKAN SESEORANG MENGIKUT KEMAHUAN ANDA

Prinsip 1 -
Satu-satunya cara untuk mendapat yang terbaik dari sesuatu perdebatan ialah dengan mengelakkannya..

Prinsip 2-
hargai la pendapat orang lain. jangan sekali-kali berkata "anda silap".

Prinsip 3-
Jika anda bersalah , akuilah dengan segera dan ikhlas

Prinsip 4-
mulailah dengan cara yang mesra

Prinsip 5-
ajaklah orang lain agar segara berkata "ya,ya"sekarang juga

Prinsip 6-
Biarkan orang lain lebih banyak bercakap

Prinsip 7-
Biarkan seseorang itu berasa bahawa idea itu adalah ideanya

Prinsip 8-
Cubalah berlaku ikhlas dalam melihat sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain

Prinsip 9-
Bersimpatilah terhadap idea dan keinginan orang lain

Prinsip 10-
Pilihlah pendekatan yang mulia

Prinsip 11-

Huraikan idea anda itu secara lakonan

Prinsip 12-
Berikan cabaran kepada seseorang

cara ini boleh kita guna untuk anak murid kita ....mari kita cuba

ENAM CARA UNTUK MEMBUATKAN SESEORANG MENYUKAI ANDA

Prinsip 1-
Berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain

Prinsip 2-
Tersenyumlah

Prinsip 3-
Ingatlah bahawa nama bagi seseorang itu adalah sesuatu yang sangat indah dan amat penting bunyinya dalam mana mana bahasa

Prinsip 4-
Jadilah seorang pendengar yang baik , doronglah seseorang itu bercakap tentang diri mereka

Prinsip 5-
Perkatakanlah tentang sesuatu yang digemari oleh orang lain

Prinsip 6-
Buatlah agar orang lain berasa penting dan lakukan itu secara ikhlas..

Friday, June 5, 2009

PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM MENGHADAPI SESEORANG

PRINSIP PERTAMA
Jangan mengkritik, menghukum atau merungut

PRINSIP KEDUA
Berikan penghargaan yang ikhlas dan murni

PRINSIP KETIGA
Bangkitkan keinginan yang membara dalam diri orang lain

Tuesday, May 26, 2009

broadband prepaid

aaalaaii..pelan la sangat ... tetapi ...biar laaa ada ... sebab aku bukan nak guna sangat internet sangat pun...bukan apa pakai prepaid, aku ingat.. masa .. muda2 dulu habis beratus duit chat gan bini ... la ni senang ..pakai ajer prepaid... cuma slow la tapi semakin la ia akan dipertingkatkan .,.. tu la bertuahnya duduk ..malaysia.. ini.... apa ucapan tahiah untuk sahabat saya bini dia dapat pindah semenanjung... tak payah terbang hari2 hantar air.. the theee heee hee... ok byer........

Monday, May 18, 2009

Pantau Pengajaran dan pembelajaran

Pegawai kementerian patut pantau P&P guru bukan fail pentadbiran

MASIH belum terlewat mengucapkan Hari Guru kepada semua warga pendidik. Apa yang menarik perhatian saya ialah supaya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyemak semula mekanisme yang ada untuk melihat sama ada guru menjalankan tugas mereka atau tidak. Kerap kali apabila pemantau datang ke sekolah (termasuk dari JPN), apa yang mereka ingin lihat ialah fail pentadbiran seperti fail induk panitia, kantin dan keselamatan. Apabila fail tidak lengkap atau dokumen tertentu tidak ada dalam fail, guru yang bertanggungjawab menguruskan fail itu akan dilabel dengan panggilan biasa, 'tak buat kerja.' Soalnya, adakah itu tugas guru? Jika kita kata kerja guru adalah mengajar dan mendidik, adakah melengkapkan fail pentadbiran sebahagian daripada tugas mereka? Dengan kata lain, bagaimanakah fail yang sudah dilengkapkan itu boleh membantu meningkatkan prestasi murid jika guru asyik sibuk mengumpul dan membuat dokumen sehingga proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terabai? Bukan apa, semua fail itu sulit dan tidak pernah dilihat murid. Jadi, bagaimanakah fail itu akan membantu murid meningkatkan prestasi? Dalam pentadbiran pendidikan di negara kita, pihak atasan cuma melihat dokumentasi dalam bidang pentadbiran dan pemantau boleh datang lebih empat kali setahun (panitia daerah, negeri, JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah), sedangkan pemantauan untuk P&P dibuat hanya dua kali setahun, itupun mereka hanya duduk 10 minit dalam kelas.
Sempatlah melihat guru dan murid mengucap salam dan guru memberitahu murid apa yang akan dipelajari hari itu, kemudian mereka akan keluar. Tetapi kalau memantau hal pentadbiran, mereka boleh duduk di sekolah sepanjang hari. Guru yang tidak melengkapkan fail juga akan menerima akibat yang keterlaluan iaitu dipanggil dan disoal oleh penolong kanan dan pengetua. Jika guru terbabit orang kanan ketua panitia, dia akan disoal oleh ketua panitia juga. Malah, jika guru yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas fail itu tidak hadir pada hari pemantauan, ahli jawatankuasa di bawahnya pula yang kena tempias. Sampai begitu sekali penekanan kepada hal pentadbiran. Jika kita kata kerja guru ialah mengajar, apa yang sepatutnya dilihat dan ditekankan ialah P&P, buku latihan murid, alat bantu mengajar dan laporan peningkatan prestasi (markah) dan sahsiah murid berdasarkan pemerhatian tiga pihak, ibu bapa, guru dan pemantau. Jika perlu, mungkin boleh melihat program kelas tambahan. Jadi, pihak pentadbir dan pemantau sepatutnya perlu berada lama sedikit di sekolah (beberapa bulan sekurang-kurangnya) untuk melihat perkembangan murid hasil didikan guru di sekolah itu. Jika setakat hendak melihat fail, tidak perlu datang dan saya percaya fail boleh dihantar ke pejabat mereka dan dikembalikan semula ke sekolah.
Saya percaya, jika mekanisme pemantauan ke atas tugasan harian guru difokuskan kepada pentadbiran, seperti kakitangan kerajaan lain, guru pun bimbang jika ada rekod buruk dalam buku rekod perkhidmatan mereka. Saya meminta pentadbiran pendidikan kita kembali kepada perkara asas dan berhentilah membuat program dan projek besar-besar yang hanya menguntungkan murid tertentu di sekolah bandar dan beri ruang untuk guru menumpukan kepada P&P. Tidak perlu lagi kepada ISO jika ia sudah melarikan perhatian kita kepada apa yang sepatutnya menjadi fokus kita. Jangan taksub kepada ISO, ia bukan garis panduan terbaik untuk semua perkara kerana ISO menekankan kepada dokumentasi semata-mata, padahal proses dokumentasi mengambil masa yang sebenarnya boleh digunakan untuk membuat perkara yang selaras dengan matlamat pendidikan. Berhentilah melihat minit mesyuarat, catatan kehadiran, laporan itu dan ini, dokumen itu dan ini dan pandanglah kepada guru kita ketika mereka mengajar dalam kelas.
AKMAL FAIRUZ, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA), Jalan Pantai Baru.
Saya setuju dengan pendangan saudara

Wednesday, May 13, 2009

Seronoknya jumpa kawan2 lama

1995/1996- zaman remaja ler katakan ,sekarang ini dapat jumpa mereka dia alam maya .... banyak perubahan dan berlaku , dan macam-macam benda dah berlaku.. kekadang terasa kecik sangat diri aku yang memang orang kampung ... dan kawan2 aku orang bandar.. dan dah ijazah lagi... lebih tinggi pun ada (aku pun nak tinggi lagi) .... tapi aku bersyukur dapat jumpa kawan2 aku ....... sebab masa sekolah dulu aku ini(lurus bendul) ye..? ke...atau cikgu aku cakap aku paling malas kat kelas... kesian cikgu azlida ... TQ CIKGU..... saya dah jadi cikgu jugak .... tentu cikgu tak percaya ... budak nakal ini jadi cikgu ..:P ......................

Tuesday, May 12, 2009

kisah Sekolah 3

Kisah ini berlaku 50 tahun yang lalu, seorang guru besar .yang baru berpindah kesebuah sekolah yang baru dan besar.. dimana kakitangan sehingga 40 orang dan murinya 10.000 orang... oleh di baru disitu maka guru besar ini... kurang mengenali kakitangannya ....hendak dimulakan cerita ..satu hari ..sedang guru besar tadi duduk di dalam biliknya dia terdengar ada kelas yang terlalu bising ...pada mulanya dia biarkan tapi lama kelamaan guru besar tadi tak tahan ... lalu dengan bengisnya menuju ke kelas tersebut.... sampai di sana dia ternampak seorang dari mereka sedang rancak bercerita dan murid lain duduk mengelilinginya , dalam hati guru besar itu berkata ... tentu dia ketua yang buat bising dalam kelas .. lalu dengan nada garang dia memarahi murid tersebut lalu menyuruh dia berdiri ditengah padang ... dan berkata kepada ketua murid.. " selepas ini sapa yang berbising tulis nama... dan kamu pergi cari mana cikgu kamu...ketua kelas pun berkata ..." boleh cikgu besar tapi.... " "Tapi apa ? " kata guru besar
"tolong panggil balik guru kami yang tengah berdiri di pandang .....

Monday, May 11, 2009

cerita sekolah 2

Seorang guru matematik telah mengajar satu topik di dalam matapelajaran matematik, dengan penuh yakin guru tersebut mengajar dan berharap muridnya akan memahami... guru telah menunjukkan cara termudah untuk mempelajari mata pelajaran matematik... selama 1 jam telah berlalu .. dengan tersenyum puas ,guru tadi pasti muridnya akan memahami apa yang diajarnya lalu dengan penuh yakin guru tadi pun bertanya ... "Bagaimana cara termudah kamu hendak menjawab soalan matematik"..... Lalu dengan penuh yakin seorang murid menjawab
" tanya guru matematik la "

Thursday, May 7, 2009

Kisah Sekolah 1

Seorang guru telah masuk ke dalam kelas dan bertanya kepada muridnya , "kamu semua dah baca bab 16 yang cikgu suruh" ... dengan penuh yakin semua murid dalam kelasnya menjawab " ya cikgu " ..tiba -tiba muka cikgu berubah menjadi marah .... "Nampak sangat kamu semua tidak pernah tengok buku.. mana ada bab 16 dalam buku kamu.... MORAL nya .. lu fikir la sendiri

Wednesday, May 6, 2009

PHD




PHD (Perasaan Hasad Dengki) memang wujud dalam diri manusia sama ada manusia mampu mengawalnya dengan baik atau tidak .... kata orang cemburu tanda sayang , iri hati tanda dengki..sama la tu, kekandang wujud juga perasaan tu , apa boleh buat, dah aku manusia bukan nya haiwan :P... aku akui aku bukan baik sangat pun, yang kesian orang rumah aku kena marah tak tentu pasal ... ,aku kena belajar bahawa aku bukan bagus sangat.. kekandang tidak jujur sangat dalam hubungan kekeluargaan , kekandang aku lupa aku bukan hanya berkawin dengan dia tapi keluarganya ... ya allah ampun aku semuanya atas kelemahan hamba ini... kesian bini aku..... sorry ye sayang .. gelinya...

Sunday, May 3, 2009

Cuti Hari Pekerja




Selamat Hari Pekerja, kepada mereka yang ada kerja. Kepada mereka -mereka yang tidak ada kerja buat-buat ler ada ker... teringat aku masa aku tak ada kerja tak ada kelulusan susah sangat tapi semua kerja aku buat .. tetapi dalam hati ada keinginan nak sambung belajar masih membara ... hasil usaha dapat aku sambung belajar kat ILP ... ( kalau sambung belajar kat IPTS senang dapat ,tapi ongkos nya banyak, cukup2 ler aku susahkan mak bapak )... dalam aku belajar kat ILP aku ada mohon maktab ( masa tu belum lagi jadi IPG) ... memang rezeki aku nak dapat maktab .. so... jadi la aku guru..... moralnya ... jangan mudah putus asa ,, sentiasa berusaha ubah diri sendiri ... ( sampai sekarang aku masih cuba ubah diri aku .. nak sambung ijazah pulak ... kalau boleh nak dapat yang tertinggi...) itu sebab aku suka tengok naruto .... sikap watak tu tidak mudah putus asa dan mudah dapat kawan ... adiosss...

Monday, April 13, 2009

DERHAKA.....

WAAA...... takutnya tajuk..... bukan saja dalam negeri perak saja ada isu politik tetapi SKSB pun ada cerita politiknya yang tersendiri... sepatutnya perkara yang timbul semasa mesyuarat wajib diputuskan supaya tidak wujud cakap-cakap belakang... nampak sangat pihak atasan tidak profesional... kenapa persoalan dan pertanyaan dikatakan melawan sedangkan itu hanya untuk kebaikan pihak atasan .... bagi saya seorang pemimpin yang bagus akan memahami orang bawahannya bukan tahu memerintah ... manusia bukan mesin... guru bukan murid ... kalau kami ditegur secara dewasa dan berhemah , kami menurut tetapi kalau dimarah macam budak-budak kami pun lawan macam budak...bagi saya ketua yang bagus ... mengotakan apa yang dikata ..bukan buat pertukaran secara last minute ... lain cakap lain yang dibuat ... tegur secara eye to eye bukan didepan orang ramai ... lagi satu bertindaklah mengikut pekeliling dan fahami dengtan jelas supaya orang tak membantah .... INGAT KAMI MANUSIA BUKAN ROBOT YANG TAK ADA PERASAAN .... utamakan keluarga kami .... baru kami semangat nak berkerja....

Hantu....

Macam -macam cerita hantu yang di dengar dari guru-guru dan murid -murid sekolah , tetapi apa pun benda tu wuujud tetapi jangan terlalu taksub... teringat kata-kata seseorang takut hantu ke takut tuhan ? macam persoalan yang wujud ... masih wujud lagi. .. manusia percaya benda tu.... ,masalahnya benda wujud di sekolah ... bukan apa takut budak-budak tak pergi sekolah atas alasan takut dengan hantu.... jadi fikir-fikirkan, mana ada hantu bunuh manusia kecuali manusia tu mati sebab ketakutan ...dan akhir sekali kita perlu takut pada ALLAH ....sahaja

Sunday, March 29, 2009

Hari- hari yang memenatkan

Jawatan didalam sekolah terlalu banyak , kadang-kala ... memenatkan ..
Jawatan Saya... Guru kelas.... Ketua Panitia Matematik .... Guru Sains ....... Guru PPSMI.....Guru Ragbi.....kena Bantu bola baling lagi..... kelas tak hias lagi... bilik KH tak kemas lagi ... bilik PPSMI tak buat apa lagi....memenatkan sekiranya pentadbir tak pandai bagi kerja secara adil...lepas ini kena bantu sains pulak pertandingan kesihatan lagi ... robotik lagi.... memang memenatkan dan menyeronokkan ... bagi aku semuanya salah kerajaan keranan tidak menetapkan setiap guru berapa jawatan dia boleh pegang ... dan terlalu banyak tugas pengkeranian .... minit mesyuarat tak buat lagi untuk KH itu kan tugas setiausaha ... ketua panitia kena buat jugakk... penat2 ... boleh jadi gila... jadi guru ini ......

Thursday, March 26, 2009

Mengarah senang Melaksananya susah

komem tun mahathir dalam blog mendatang rasa kurang ... setuju .. apakah tun turun tengok keadaan sebenar , apakah tun datang mengejut tengok keadaan sekolah jangan tengok sekolah2 yang baik ajer , lihat sekolah luar bandar .. jangan tengok laporan pegawai ajer... saya dah tak yakin apa yang kerajaan bentangkan semuanya penipu ... berapa peratus yang lulus 100 % dalam bahasa inggeris... pelaksaan kelam-kabut .. apa semua kelam kabut yang jadi mangsa guru2 -murid2 kalau tak berjaya salah guru... bahasa pengantar negara kita .. bahasa apa ? kenapa tun tak ubah perkara ini masa mula tun jadi PM.... manusia bukan kereta ....

Sunday, March 22, 2009

Majlis peguam Malaysia

Laman web yang nampak bagus dan adil tetapi tersembunyi muslihat yang tersendiri..
dimana peguam-peguam melayu.. dah hilang taring ke.. Wahai peguam 2 yang pandai dari segi undang2 jangan berat sebelah.. jangan pro US .. dah nampak kamu semua pro US dan pro kepada parit pembangkang kalau nak masuk politik berhenti jadi peguam .. ,peguam satu tanggungjawab berat dan bukan semua peguam bagus .. orang yang bersalah pun peguam boleh bagi lepas...

Tuesday, March 3, 2009

PPSMI/ ISU BULI

Dua isu yang menarik untuk dibincangkan...tapi memberi risiko yang amat tinggi orang macam saya untuk menulisnya , dari sudut pemikiran saya KPM masih tidak merujuk atau meminta pandangan guru secara menyeluruh atau KPM membuat soal selidik tetapi guru2 tidak menjawab dengan jujur kerana takut jawapan yang diberi akan diambil tindakkan tata tertib.. gologan guru ada menandatangani surat akujanji yang menyebabkan kaki , tangan dan mulut tertutup... Saya telah melihat, mendengar dan membaca.. sejarah2 negara maju dimana mereka membina negara mereka dengan bahasa mereka sendiri bukan bahasa lain .. contoh jepun .. mereka berubah dengan menghantar orang mereka keluar dan kembali dengan ilmu dan dialih dengan bahasa mereka sendiri...dan masalah buli pulak dari zaman sekolah dah ada berdasarkan pengalaman sendiri dibuli sepanjang tahun di sekolah teknik tidak siapa yang tahu .. tapi sekarang baru digembar-gemburkan ..pada pandangan saya murid2 tu jangan dibuang dan digantung sekolah cara itu dah tak sesuai lagi.. baik didenda pulang lewat buat kerja amal dan sekiranya teruk lagi masukkan ke sekolah tentera atau ambil contoh di negara china ada sekolah khas untuk murid2 bermasalah dan murid itu akan dipindahkan kesekolah biasa sekiranya masalah murid itu dapat diselesaikan . ...

CLICK ME!!!

Template by:
Free Blog Templates