Sunday, March 29, 2009

Hari- hari yang memenatkan

Jawatan didalam sekolah terlalu banyak , kadang-kala ... memenatkan ..
Jawatan Saya... Guru kelas.... Ketua Panitia Matematik .... Guru Sains ....... Guru PPSMI.....Guru Ragbi.....kena Bantu bola baling lagi..... kelas tak hias lagi... bilik KH tak kemas lagi ... bilik PPSMI tak buat apa lagi....memenatkan sekiranya pentadbir tak pandai bagi kerja secara adil...lepas ini kena bantu sains pulak pertandingan kesihatan lagi ... robotik lagi.... memang memenatkan dan menyeronokkan ... bagi aku semuanya salah kerajaan keranan tidak menetapkan setiap guru berapa jawatan dia boleh pegang ... dan terlalu banyak tugas pengkeranian .... minit mesyuarat tak buat lagi untuk KH itu kan tugas setiausaha ... ketua panitia kena buat jugakk... penat2 ... boleh jadi gila... jadi guru ini ......

Thursday, March 26, 2009

Mengarah senang Melaksananya susah

komem tun mahathir dalam blog mendatang rasa kurang ... setuju .. apakah tun turun tengok keadaan sebenar , apakah tun datang mengejut tengok keadaan sekolah jangan tengok sekolah2 yang baik ajer , lihat sekolah luar bandar .. jangan tengok laporan pegawai ajer... saya dah tak yakin apa yang kerajaan bentangkan semuanya penipu ... berapa peratus yang lulus 100 % dalam bahasa inggeris... pelaksaan kelam-kabut .. apa semua kelam kabut yang jadi mangsa guru2 -murid2 kalau tak berjaya salah guru... bahasa pengantar negara kita .. bahasa apa ? kenapa tun tak ubah perkara ini masa mula tun jadi PM.... manusia bukan kereta ....

Sunday, March 22, 2009

Majlis peguam Malaysia

Laman web yang nampak bagus dan adil tetapi tersembunyi muslihat yang tersendiri..
dimana peguam-peguam melayu.. dah hilang taring ke.. Wahai peguam 2 yang pandai dari segi undang2 jangan berat sebelah.. jangan pro US .. dah nampak kamu semua pro US dan pro kepada parit pembangkang kalau nak masuk politik berhenti jadi peguam .. ,peguam satu tanggungjawab berat dan bukan semua peguam bagus .. orang yang bersalah pun peguam boleh bagi lepas...

Tuesday, March 3, 2009

PPSMI/ ISU BULI

Dua isu yang menarik untuk dibincangkan...tapi memberi risiko yang amat tinggi orang macam saya untuk menulisnya , dari sudut pemikiran saya KPM masih tidak merujuk atau meminta pandangan guru secara menyeluruh atau KPM membuat soal selidik tetapi guru2 tidak menjawab dengan jujur kerana takut jawapan yang diberi akan diambil tindakkan tata tertib.. gologan guru ada menandatangani surat akujanji yang menyebabkan kaki , tangan dan mulut tertutup... Saya telah melihat, mendengar dan membaca.. sejarah2 negara maju dimana mereka membina negara mereka dengan bahasa mereka sendiri bukan bahasa lain .. contoh jepun .. mereka berubah dengan menghantar orang mereka keluar dan kembali dengan ilmu dan dialih dengan bahasa mereka sendiri...dan masalah buli pulak dari zaman sekolah dah ada berdasarkan pengalaman sendiri dibuli sepanjang tahun di sekolah teknik tidak siapa yang tahu .. tapi sekarang baru digembar-gemburkan ..pada pandangan saya murid2 tu jangan dibuang dan digantung sekolah cara itu dah tak sesuai lagi.. baik didenda pulang lewat buat kerja amal dan sekiranya teruk lagi masukkan ke sekolah tentera atau ambil contoh di negara china ada sekolah khas untuk murid2 bermasalah dan murid itu akan dipindahkan kesekolah biasa sekiranya masalah murid itu dapat diselesaikan . ...

CLICK ME!!!

Template by:
Free Blog Templates