Monday, December 27, 2010

TAHUN BARU , SEKOLAH BARU,AZAM BARU

Moga tahun baru akan memberi azam baru.. semanggat baru supaya menjadi insan yang lebih berjaya... segala yang berlalu dijadi sempadan dan ingatan ... supaya melakukan kesilapan kali kedua...Pada 28/12/2010 tercatat satu sejarah baru apabila aku telah mendaftarkan diri disekolah baru... ok ler..sambutannya .. GB pun ok .. tidak terlalu formal... dan pandangan aku GB ni tegas dalam lembut... aku berdoa agar dapat rakan guru yang bagus2... berkemungkinan aku jadi guru Data.. tak kisah ambik ajer..dah namanya kerja... aku mesti berfikiran positif...( kalau aku tak pindah pun aku rasa aku gak kena pegang jawatan tu he he)
aku cuba berusaha akan menaikan nama sekolah bidor2 dalam arena ragbi bawah 12... he he ..dalam masa 3 tahun dari sekarang ...2010-2011-2012... apapun selamat berjuang cikgu ashaari

Tuesday, June 22, 2010

Pemansuhan UPSR dan PMR

setuju..tetapi kaedah lain perlu di aplikasikan seperti murid dinilai dari tahun satu... gunakan kaedah CGPA.. peperiksaan tetap diadakan tetapi berdasarkan ujian dalaman yang dinilai oleh sekolah ....markah tidak dinilai berdasarkan ujian semata .. gunakan kaedah 50% sukan ,kokrikulum , kreativiti dan sikap...50% akademik...

macam mana nak masuk sekolah2 elit?

sekolah-sekolah elit boleh membuat peperiksaan .. penapisan mereka sendiri...so sapa yang berminat mereka boleh memohon... so tiada masalah...sekolah elit juga boleh buat duit dengan ujian tersebut....(p/s ibubapa yang urusan sendiri kemasukan ini bukan guru)


Tuesday, April 27, 2010

BERFIKIRAN (+) DAN (-)

kenapa ALLAH jadikan manusia ada yang berfikir(+) dan ada manusia berfikiran (-)....supaya manusia bergaul dan saling memahami...pada fikiran aku laa...tapi kita juga harus memahami manusia ni ada egonya...so seni bergaul dengan manusia perlu ada...kita juga harus memahami kita juga tidak mampu memuaskan HATI semua manusia....
ini juga berdasarkan dari pengalaman... ada kala kita lupa bahawa hidup kita sebenarnya singkat..so gunakan la sebaiknya... ada beberapa petua .. cara nak hadapi orang yang berfikiran (-) ini...
1) biarkan dia..lantak la dia nak cakap apa pun. ..
2) secara berdikit kita cuba buktikan kita boleh..
3) kalau berjaya kita jangan bercakap besar nanti dia sakit hati (jangan cari musuh)
4) kalau boleh kita kata ..semua yang berjaya atas usahasama dia dengan kita
5) secara halus kita berjaya bawa orang yang berfikiran(-) bersama kita..
6) ingat manusia bukan mesin
7) kalau dia masih kutuk jugak...biarkan dia, kita usaha lebih lagi...

Wednesday, April 7, 2010

Banyak pengurusan sekolah tak prihatin manfaat sukan

Bagi saya bukan salah pihak pengurusan..walaupun bunyinya dah macam katak oh katak .. dia salah kan orang ini dan orang ini salahkan orang tu ..akhir tiada penyelesaian ...
harap pihak kementerian ambil berat.. hal ini ..hanya dasar dari kementerian boleh mengubahnya...

Ada beberapa cadangan dari saya ...
1. semua kegiatan ko kurikulum hendaklah dimasukan didalam jadual waktu contoh setiap hari rabu pagi 7.45 hingga 8.45 diadakan kokurikulum...untuk kelas petang pula waktu terakhir pada sebelah petang...

2. waktu pulang sekolah balik setiap hari pulang pukul 3.00 ptg

3. cuti hari sabtu guru jangan di ganggu

4. kaedah p&P harus diubah ..hapuskan caramenulis buku rancangan mengajar..ubah dengan modul di mana setelah habis modul guru harus menjalankan ujian sebagai bukti modul itu telah diadakan..

5 .adakan ujian seperti di universiti.. di mana kaedah CGPA di adakan ... setiap tahun ada ujian ..

6 buat sukan untuk under 11 sahaja dan under 16 untuk mengelakkan murid yang ambil peperiksaan besar.... dan under 12 atau under 18 selepas ujian itu diadakan

Sunday, March 28, 2010

Sukan MSSD

Minggu agak sibuk guru2 di SKSB ...menjadi jurulatih bagi sukan masing... (hero yang tidak di dendang ) sekurang2nya guru2 ini mencari kepuasan dan melegakan tekanan kerja di sekolah , alangkan bagusnya sekiranya kementerian atau pihak sekolah membuat dinding hall of fame (Dinding kejuaraan) untuk pasukan sekolah tidak kira la pasukan itu menang atau kalah .. sekurang2nya murid2 akan berebut untuk mewakili sekolah...
Tahniah kepada jurulatih bagi pasukan hoki ( baru tubuh ) ,bola tampar tempat 3 daerah , sepak takraw tempat kedua kelompok dan johan kelompok bola jaring....moga jadi johan daerah nanti
bagi jurulatih untuk pasukan bola sepak, tenis ,ragbi , olahraga dan robotik selamat maju jaya dan moga berjaya bagi tahun ini..... biar la ..ada orang kata sukan hanya kuali ( tak penting)dalam bidang perguruan tapi TPM dah kata satu sukan satu murid....... dan kita sebagai pendidik harus ubah persepsi bahawa ahli sukan tidak berjaya dalam pelajaran .. kita harus hasilkan ahli sukan yang ada ijazah ... kalau boleh .. sapa nak tengok mereka ini bersukan kena bayar........
majula sukan untuk negara

Monday, February 22, 2010

minggu ujian ........

wah ... sibuk sungguh guru2 buat kertas ujian bulanan ...buat jangan tak buat

Tuesday, January 26, 2010

Pada siapa kita nak mengadu...

Susah ... sekiranya bos ada kuasa tapi mereka tak menjalankan tugas.. dengan amanah.. nak tegur.. kita timun mereka durian ....perasaan marah... geram pun ada...memang berat jadi ketua ... tapi tolong la ambil note tentang kelemahan yang ditegur oleh orang bawah... bukan niat nak cari salah.. tapi nak memperbaiki....

Tuesday, January 5, 2010

kembali ke sekolah ...

WAA.. tahun baru .. dan cabaran baru .. waaa..mengajar tahun 6 kembali, selepas dua tahun menyepi... kali ini tekannya berbeza.. dulu lain sekarang lain .. dulu sekolahnya tekan tak terasa sangat .. sekarang tekan terasa sebab sekolah kebangsaan.. dulu sekolah bantuan modal ajer...
apa pun bergantung pada murid ... dan guru.. yer.. kalau guru best murid suka belajar itu teori aku la.. sebab aku suka belajar dengan cikgu aku suka ... apa pun tekanan dari prestasi lalu lagi membimbangkan ... apa pun allah maha besar..... maha kaya ..maha tahu...doa dan usaha..amin

CLICK ME!!!

Template by:
Free Blog Templates