Sunday, September 21, 2008

Demam

Baru-baru orang rumah aku demam... susah juga jadi orang bujang balik ye.. semua kena buat sendiri... apa pun itu hanya dugaan... dah nak dekat -dekat raya macam2 benda nak beli .. apa pun terima kasih kepada kerajaan kerana bagi bonas...ada la duit sikit .. cuaca kat malaysia makin lama makin panas ... tapi aku rasa .. kerajaan tak ambil berat pasal isu alam sekitar .. sebab tu makin lama makin panas ... mengenai politik pulak aku cukup tak suka dengan majlis peguam nampak sangat dia orang nak masuk politik ... ini soal negara bukan mahkamah ... ikut buku bukannya budi bicara... sebab tu ada peri bahasa pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar.... apa pengalaman mengajar segala-galanya ... moga allah selamat kan malaysia ...........

Monday, September 8, 2008

Bulan Puasa

Bulan puasa bulan yang banyak dugaan ... kekadang dugaan semasa membeli makanan .. semuanya nak dibelinya .. tapi masa berbuka bukan semua dimakannya ... apapun itu dinamakan lapar mata... apapun ini semua mengingatkan kita supaya berjimat .. had setiap kali keluar pergi pasar ramadan beli ajer 3 barang jangan lebih..... selamat berjimat...

Sunday, September 7, 2008

Kasihnya Guru

Hari ini ... bermula debaran bagi seorang murid ... kerana 9/9/2008 akan tercipta sejarah pertama .. mereka akan menghadapi peperiksaan yang pertama... UPSR.... Apa pun selama berjaya kepada sesiapa yang menghadapi ujian ... sesungguhnya kita semua sentiasa diuji...

Siapakah Tuhan Kita?

Who's God?Apakah wujud tuhan?Siapakah tuhan itu? Bagaimanakah tuhan itu?
Soalan yang menarik. Kerana apa? Kerana kita telah dilahirkan dengan satu 'pakej beragama'. Maksud saya, bukan diatas kehendak kita sendiri, tetapi kita telah 'diberikan' oleh ibu bapa kita dan di dalam sijil kelahiran kita 'Islam' itu. Kita 'dipaksa' untuk beragama dan bertuhan tanpa kita mengetahui sesuatu mengenainya. Jadi, apakah itu agama? Dari situ lahirlah soalan-soalan seperti di atas. Mencari jawapan tentang sesuatu yang sangat penting; Tuhan! Menarik bukan?
Oh my God!!! Oh Goshh!!God, damn it!! Allah, terlupa pula!!! Allah, macam mana aku nak buat ni?? Ya Rabbi...apa nk jadi dengan ko ni usop…
Secara tidak sengaja, kita mengenal DIA. Itu pun daripada leteran ibu dan 'bahasa gaul' kawan-kawan di sekeliling kita. Tapi, berbalik semula kepada soalan-soalan di atas, siapakah Tuhan? Adakah Tuhan itu wujud? Bagaimanakah bentuk Tuhan itu?
Kawan-kawan,Satu strategi canggih yang diajarkan oleh seorang guru dalam usaha kita untuk mengenal dan mengetahui tentang Tuhan ialah : Tidak 'membayangkan' dan 'menciptakan' imej tuhan itu dengan fikiran kita sendiri. Kenapa saya mengatakan strategi ini canggih? Kerana strategi ini sesuai untuk semua agama, semua bangsa, semua manusia yang 'teringin' untuk mengenal dan mencari tuhan mereka.
Kita tahu Tuhan itu wujud. Kalau ada yang berpendapat 'Tuhan' itu tidak wujud pun, saya yakin sekurang-kurangnya kita semua sepakat dan tahu 'pencipta' itu wujud. Jadi, apakah bentuk pencipta itu? Bagaimanakah dia? Melalui strategi tadi, kita diajar supaya jangan me'reka' iaitu mencipta sendiri sifat tuhan. Kenapa? Kerana fitrah kita sebagai MANUSIA, fikiran dan ciptaan kita tidak akan lari daripada apa yang kita pernah lihat, pernah rasa, sentuh, bau dan sebagainya. Adapun yang berbeza dan 'sedikit asing' juga berputar-putar di dalam lingkungan idea cetek manusia ini. Asing bagaimana sekalipun ciptaan kita itu, ia tetap diberikan mata, tangan, sesungut (antena atas kepala), kaki, badan, ekor dan sebagainya. Jadi Tuhan ataupun 'pencipta' yang hebat itu tadi akan tercemar kehebatannya dan tercemar sifat agungnya dengan fikiran dan rekaan kita itu tadi. DIA akan disifatkan seperti apa yang kita biasa lihat di sekeliling dan sekitar kita. Maka tuhan akan berbentuk seperti manusia. Orang yang kulit gelap akan 'menggelapkan' tuhan mereka, yang berkulit putih akan 'memutihkan' tuhan mereka, yang bermata kecil akan 'mengecilkan' mata tuhan mereka. Ini tidak adil. Tuhan bukan begitu! Masakan seorang yang berkulit gelap ingin bertuhankan tuhan yang berkulit putih? Akan timbul 'inferiority complex' dikalangan mereka nanti. DIA tidak boleh dibentuk,direka dan diciptakan oleh manusia, kerana manusia itu cetek ideanya.
Jadi, bagaimana? Bagaimanakah Tuhan itu?
Biarlah DIA sendiri yang memperincikan dirinya. Dimanakah ingin mendapatkan sifat-sifat itu? Carilah di dalam kitab agama masing-masing. Buanglah sifat sebahagian orang yang katanya beragama tetapi tidak pernah mengkaji agamanya dan tidak pernah membuka kitab daripada Tuhannya. Hanya namanya 'muslim' tetapi tidak pernah membuka buku panduan iaitu kitab suci Al-Quran. Kalaupun pernah membuka dan membacanya, tidak pernah membaca makna dan mengambil isi-isi yang terdapat di dalamnya dengan alasan bahawa kita tidak boleh membaca makna kerana kita tidak belajar ilmu-ilmu agama, nanti sesat. Jadi kita hanya membaca tulisan Arab sahaja tanpa mengetahui maksudnya. Alangkah ruginya bahasa itu tidak dimengertikan di dalam bahasa kita, alangkah ruginya kitab itu diciptakan….

-- Faidul Rahhim SafianGuru Penyelaras Bestari SK Seri Besout35600 SungkaiPerak

CLICK ME!!!

Template by:
Free Blog Templates