Wednesday, November 12, 2008

UPSR

Hari ini hari untuk pelajar ambil UPSR ... terbang la anak murid ku jauh lagi perjalanan mu andai kau gagal sekarang bukan bermakna kau gagal... dan kalau berjaya sekarang bukan bermakna kau telah berjaya jauh lagi perjalanan mu ... tinggi lalagi langit yang perlu kau gapai...
wassalam ... guru mu

Sunday, October 5, 2008

selamat sudah hari raya

Segala cuti dah habis .. maka bermulalah cerita baru ... macam projek akan muncul selepas cuti ini sungguh memenatkan ...dan semua ini hanya cerita yang dicipta oleh ALLAH supaya kita lalai tentang kematian ... begitu cantiknya ALLAh buat skrip untuk kita.... banyak jugal puasa ganti kena ganti sebab demam tu ..... teruk jugak le 4 hari kena ganti.... .... selamat berpuasa aliyas oiiii..

Sunday, September 21, 2008

Demam

Baru-baru orang rumah aku demam... susah juga jadi orang bujang balik ye.. semua kena buat sendiri... apa pun itu hanya dugaan... dah nak dekat -dekat raya macam2 benda nak beli .. apa pun terima kasih kepada kerajaan kerana bagi bonas...ada la duit sikit .. cuaca kat malaysia makin lama makin panas ... tapi aku rasa .. kerajaan tak ambil berat pasal isu alam sekitar .. sebab tu makin lama makin panas ... mengenai politik pulak aku cukup tak suka dengan majlis peguam nampak sangat dia orang nak masuk politik ... ini soal negara bukan mahkamah ... ikut buku bukannya budi bicara... sebab tu ada peri bahasa pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar.... apa pengalaman mengajar segala-galanya ... moga allah selamat kan malaysia ...........

Monday, September 8, 2008

Bulan Puasa

Bulan puasa bulan yang banyak dugaan ... kekadang dugaan semasa membeli makanan .. semuanya nak dibelinya .. tapi masa berbuka bukan semua dimakannya ... apapun itu dinamakan lapar mata... apapun ini semua mengingatkan kita supaya berjimat .. had setiap kali keluar pergi pasar ramadan beli ajer 3 barang jangan lebih..... selamat berjimat...

Sunday, September 7, 2008

Kasihnya Guru

Hari ini ... bermula debaran bagi seorang murid ... kerana 9/9/2008 akan tercipta sejarah pertama .. mereka akan menghadapi peperiksaan yang pertama... UPSR.... Apa pun selama berjaya kepada sesiapa yang menghadapi ujian ... sesungguhnya kita semua sentiasa diuji...

Siapakah Tuhan Kita?

Who's God?Apakah wujud tuhan?Siapakah tuhan itu? Bagaimanakah tuhan itu?
Soalan yang menarik. Kerana apa? Kerana kita telah dilahirkan dengan satu 'pakej beragama'. Maksud saya, bukan diatas kehendak kita sendiri, tetapi kita telah 'diberikan' oleh ibu bapa kita dan di dalam sijil kelahiran kita 'Islam' itu. Kita 'dipaksa' untuk beragama dan bertuhan tanpa kita mengetahui sesuatu mengenainya. Jadi, apakah itu agama? Dari situ lahirlah soalan-soalan seperti di atas. Mencari jawapan tentang sesuatu yang sangat penting; Tuhan! Menarik bukan?
Oh my God!!! Oh Goshh!!God, damn it!! Allah, terlupa pula!!! Allah, macam mana aku nak buat ni?? Ya Rabbi...apa nk jadi dengan ko ni usop…
Secara tidak sengaja, kita mengenal DIA. Itu pun daripada leteran ibu dan 'bahasa gaul' kawan-kawan di sekeliling kita. Tapi, berbalik semula kepada soalan-soalan di atas, siapakah Tuhan? Adakah Tuhan itu wujud? Bagaimanakah bentuk Tuhan itu?
Kawan-kawan,Satu strategi canggih yang diajarkan oleh seorang guru dalam usaha kita untuk mengenal dan mengetahui tentang Tuhan ialah : Tidak 'membayangkan' dan 'menciptakan' imej tuhan itu dengan fikiran kita sendiri. Kenapa saya mengatakan strategi ini canggih? Kerana strategi ini sesuai untuk semua agama, semua bangsa, semua manusia yang 'teringin' untuk mengenal dan mencari tuhan mereka.
Kita tahu Tuhan itu wujud. Kalau ada yang berpendapat 'Tuhan' itu tidak wujud pun, saya yakin sekurang-kurangnya kita semua sepakat dan tahu 'pencipta' itu wujud. Jadi, apakah bentuk pencipta itu? Bagaimanakah dia? Melalui strategi tadi, kita diajar supaya jangan me'reka' iaitu mencipta sendiri sifat tuhan. Kenapa? Kerana fitrah kita sebagai MANUSIA, fikiran dan ciptaan kita tidak akan lari daripada apa yang kita pernah lihat, pernah rasa, sentuh, bau dan sebagainya. Adapun yang berbeza dan 'sedikit asing' juga berputar-putar di dalam lingkungan idea cetek manusia ini. Asing bagaimana sekalipun ciptaan kita itu, ia tetap diberikan mata, tangan, sesungut (antena atas kepala), kaki, badan, ekor dan sebagainya. Jadi Tuhan ataupun 'pencipta' yang hebat itu tadi akan tercemar kehebatannya dan tercemar sifat agungnya dengan fikiran dan rekaan kita itu tadi. DIA akan disifatkan seperti apa yang kita biasa lihat di sekeliling dan sekitar kita. Maka tuhan akan berbentuk seperti manusia. Orang yang kulit gelap akan 'menggelapkan' tuhan mereka, yang berkulit putih akan 'memutihkan' tuhan mereka, yang bermata kecil akan 'mengecilkan' mata tuhan mereka. Ini tidak adil. Tuhan bukan begitu! Masakan seorang yang berkulit gelap ingin bertuhankan tuhan yang berkulit putih? Akan timbul 'inferiority complex' dikalangan mereka nanti. DIA tidak boleh dibentuk,direka dan diciptakan oleh manusia, kerana manusia itu cetek ideanya.
Jadi, bagaimana? Bagaimanakah Tuhan itu?
Biarlah DIA sendiri yang memperincikan dirinya. Dimanakah ingin mendapatkan sifat-sifat itu? Carilah di dalam kitab agama masing-masing. Buanglah sifat sebahagian orang yang katanya beragama tetapi tidak pernah mengkaji agamanya dan tidak pernah membuka kitab daripada Tuhannya. Hanya namanya 'muslim' tetapi tidak pernah membuka buku panduan iaitu kitab suci Al-Quran. Kalaupun pernah membuka dan membacanya, tidak pernah membaca makna dan mengambil isi-isi yang terdapat di dalamnya dengan alasan bahawa kita tidak boleh membaca makna kerana kita tidak belajar ilmu-ilmu agama, nanti sesat. Jadi kita hanya membaca tulisan Arab sahaja tanpa mengetahui maksudnya. Alangkah ruginya bahasa itu tidak dimengertikan di dalam bahasa kita, alangkah ruginya kitab itu diciptakan….

-- Faidul Rahhim SafianGuru Penyelaras Bestari SK Seri Besout35600 SungkaiPerak

Sunday, July 20, 2008

Sistem pendidikan di malaysia..

Adakah sistem ini terbaik mungkin... tetapi pengunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains banyak diperkatakan ... ada pro dan kontranya... tetapi ... bagi saya politik jangan dicampuraduk dengan pendidikan ...bagi sekolah ler .. tetapi peringkat universiti.. perlunya kesedaran politik yang tinggi...
Sungguh membimbangkan melihat suasana tv dimalaysia terlalu banyak program nyanyian yang banyak menawarkan wang yang lumayan .... dan yang banyak terpengaruhnya anak bangsa melayu... dan tidak dinafikan banyak program tv baik tapi hanya sedikit...

Thursday, July 10, 2008

Kerja Kalau Berkira...

Berkerja kalau berkira memang payah... sebab ... apa yang sepatutnya mudah menjadi payah...
Lagi Satu ... Kalau berkerja dalam kumpulan kalau berkira... maka kumpulan itu hancur...
Tapi setiap anggota sepatutnya bertanggungjawab .. supaya tak terasa dihamba abdikan ...
apapun setiap apa yang anak murid tidak dapat pasti akan dituntut diakhirat..
peringatan untuk diri sendiri...

Tuesday, July 8, 2008

BULAN REJAB

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini
BULAN REJAB Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab.
Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, 'Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:' 1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 30 Ogos 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah 6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.' Sabda Rasulullah saw lagi :'Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as 'Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?' Maka berkata Jibrilb as 'Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.' Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :'Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau 'Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?' Lalu beliau bersabda 'Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.' Sabda beliau lagi 'Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.' Tsauban bertanya 'Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?' Sabda beliau 'Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.'
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Tradisi


Bercerita tentang tradisi... memang payah nak mengubahnya .. sekiranya sesuatu perkara dah menjadi keselesaan kepada sesuatu komuniti .. bak kata seseorang memerlukan jihad ... dan ketahanan diri untuk mengubahnya .... kadangkala ... susah untuk berubah ... walaupun arahan tu dari seorang ketua ... MMM ... "on Paper ajer." laksana ke tak laksana bukan dia orang tahu... tu la sikap orang kita.... tapi kita lupa, ada ALLAH yang tengok kita....Apa pun ... Untuk merubah sesuatu yang menjadi tradisi ni perlu seperti " tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus.... "

Monday, July 7, 2008

CLICK ME!!!

Template by:
Free Blog Templates